Sunday, May 31, 2009

Finalis Unduk Ngadau Tahun 2009

PESERTA UNDUK NGADAU 2009

1. CINDY CELESTINE SIPILIS (TAWAU)
2. GILDA J JOEPLIK (SANDAKAN)
3. ELINNA MASUIN (LIKAS)
4. DEIZI SEBASTIAN MOJINU (WP LABUAN)
5. JOVENEA JIM LAJIM (KLANG VALLEY)
6. HULLIWTA ELISER (TUNGKU)
7. SARIMAH TANGKUNGON (PEGALUNGAN)
8. EMILDA ALBERT (PAITAN)
9. LYDIA BINIDIK (KEMABONG)
10. SHERON OLGA FEDILIS (SOOK)
11. DIANA NGOAI (MENUMBOK)
12. JENIFFER DAVID (TELUPID)
13. VICTORIA YAM PEI LING (KUNAK)
14. EAROZIANA ELVY VENTURE (TONGOD)
15. WANDA HENDRYANA PIUS (LAHAD DATU)
16. JUKINI GAMIUS (SEMPORNA)
17. JOANNE BERNADETTE JOHN (BELURAN)
18. GLORIA LYNE BAMI (KINABATANGAN)
19. ROUNNAH BAB ROBERT SYLVESTER (TENOM)
20. AFFY JACKLEYINDA ENTAWIN (BEAUFORT)Miss Friendly
21. JOVETTA JOPRINE (KUALA PENYU)
22. ROZYANAH MUTANG (SIPITANG)
23. STELLA NAKARAN (RANAU)
24. JACQUELINE JOSEPH (KENINGAU)
25. EFAHRINA NICHOLAS (TAMBUNAN)
26. WINEH DIWALANG (NABAWAN)
27. RACHEL MARTINUS (INANAM)
28. PEARL DIANNE PETRUS (DBKK) - 1st Runner Up
29. ELSIE R MARIUS (TANJUNG ARU)
30. MAYLESTHELYN MATIUS (PUTATAN)
31. JOANNE KIMBERLEY J MAJALAP (PENAMPANG) -2nd Runner Up
32. APPEY ROWENNA JANUIN (PAPAR) - Unduk Ngadau 2009
33. CECELIA RIYMANTE (MEMBAKUT)
34. LAINE TINGGANGAU (KOTA MARUDU)
35. ERRA QUENCY VICTOR (KOTA BELUD)
36. FREDERICKA CAMILLA RICHARD DAUT (TUARAN)
37. FLINA RUTUM (TAMPARULI)Miss Natural Beauty
38. JACQUELINE MONALISA (BANGGI)
39. LYNNESTHERWENNS MASUIN (KUDAT)
40. CLARENCENA KADIUS (MATUNGGONG)
41. EVILIN MATHIS (PITAS)

Monday, May 25, 2009

Penggunaan Istilah "KADAZANDUSUN"

Penggunaan istilah "KADAZANDUSUN" dalam kehidupan seharian penduduk Sabah merupakan suatu 'fenomena baru' yang telah 'diwujudkan & digunakan' khusus oleh para ahli politik dan juga media. Penggunaannya diilhamkan untuk tujuan PENYATUAN komuniti peribumi di Sabah.

Namun, dalam rutin kehidupan komuniti ini, perkataan KADAZAN atau DUSUN masih digunakan secara meluas untuk menggambarkan bangsa seseorang penduduk peribumi yang tinggal di bumi Sabah ini.

Oleh itu, seharusnya tidak wujud 'pergeseran' secara NYATA & TERBUKA tetapi lebih kepada 'perkongsian' tentang penggunaan istilah ini.

Hakikatnya, pengwujudan istilah "KADAZANDUSUN" ini lebih memberi 'manfaat/faedah' yang besar kepada masa depan komuniti ini kerana ia menggambarkan 'Majoriti Penduduk Peribumi Sabah' yang telah di'LABEL'kan kepada penduduk Sabah sejak sekian lama hingga kini.

Untuk tambahan maklumat, sila lihat:

Sekian.

Friday, May 22, 2009

Dialek Rasmi KADAZANDUSUN

Sumber: KDCA
PERISYTIHARAN PERSETUJUAN DIALEK BUNDULIWAN SEBAGAI DIALEK ASAS PEMIAWAIAN DAN PEMBAKUAN BAHASA KADAZANDUSUN DI ANTARA KADAZAN DUSUN CULTURAL ASSOCIATION DAN UNITED SABAH DUSUN ASSOCIATION

BAHAWASANYA, Jawatankuasa Majlis Perunding Bahasa Kadazandusun (MPBK), yang telah dibentuk di antara Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KOISAAN) dan Persatuan Dusun Sabah (USDA), pada hari ini 11 bulan April, 1995 dengan ini bersetuju:

1. Menggunakan Dialek BUNDULIWAN sebagai dialek asas pemiawaian dan pembakuan bahasa Kadazandusun dalam penulisan dan pertuturan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Ibunda Pelajar [Pupil’s Own Language (POL)].
2. Dialek BUNDULIWAN akan terus diperkayakan oleh dialek-dialek lain yang terdapat di dalam rumpun bahasa KADAZANDUSUNIK dan PAITANIK.
3. Untuk mengemaskinikan perkembangan bahasa KADAZANDUSUN, satu badan perunding yang dipanggil MAJLIS PERUNDING BAHASA KADAZANDUSUN SABAH (MPBK) dibentuk berfungsi sebagai sebuah badan rujukan di dalam aspek-aspek ejaan, penggunaan perkataan yang piawai, penerapan perkataan-perkataan dari dialek-dialek lain di dalam rumpun bahasa KADAZANDUSUNIK, PAITANIK dan bahasa-bahasa asing ke dalam bahasa KADAZANDUSUN.

PERISYTIHARAN PERSETUJUAN ini dibuat berasaskan faktor-faktor berikut:

1. Pada umumnya, dialek BUNDULIWAN, sebagai dialek asas dalam pembentukan bahasa KADAZANDUSUN, menerima kurang bantahan, jika dibandingkan dengan dialek-dialek yang lain, dari wakil-wakil kumpulan utama etnik berdialek KADAZANDUSUNIK dan PAITANIK, yang hadir di dalam simposium “Towards Standardisation of Kadazan Language” yang telah diadakan di Hotel Perkasa, Kundasang pada Januari, 1989.
2. Dialek BUNDULIWAN telah dikenalpasti oleh pakar-pakar penyelidik bahasa, khususnya Summer Institute of Linguistic (SIL) sebagai dialek yang mempunyai “Intelligibiliti” yang tertinggi di antara dialek-dialek yang terdapat di dalam rumpun bahasa KADAZANDUSUNIK dan PAITANIK.
3. Dari segi geografikal, dialek BUNDULIWAN diguna dan ditutur dengan lebih meluas oleh kalangan multi-etnik KADAZANDUSUNIK dan PAITANIK, jika dibandingkan dengan dialek-dialek yang lain, khususnya di daerah Apin-Apin, Bundu Tuhan, Inanam, Kota Belud, Kota Marudu, Keningau, Kinarut, Kiulu, Kundasang, Lingkabau, Menggatal, Paitan, Ranau, Sook, Tambunan, Tamparuli, Telipok, Telupid, Tongod, Tuaran, Ulu Kinabatangan, Ulu Penampang dan Ulu Papar.

Kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa KADAZANDUSUN di sekolah-sekolah sebagai Bahasa Ibunda Pelajar, adalah bergantung kepada banyaknya permohonan (tidak kurang lima belas ibu bapa pelajar) supaya bahasa itu diajar di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, penggunaan dan pertuturan dengan dialek-dialek BUNDULIWAN yang lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan dialek-dialek lain dalam rumpun bahasa KADAZANDUSUNIK dan PAITANIK, sekurang-kurangnya akan dapat membantu menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa KADAZANDUSUN. CONTOH: Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah http://www.scribd.com/doc/491319/BEtnik-Bahasa-Kadazandusun-Tahun-6

PERISYTIHARAN PERSETUJUAN ini dibuat oleh KOISAAN dan USDA dan disaksikan oleh mereka yang bertandatangan seperti di bawah ini:

Ditandatangani oleh:
Presiden KDCA
[SIGNED]
HS DK. JOSEPH PAIRIN DK. KITINGAN
Tarikh: 11-4-1995

Disaksikan oleh:
[SIGNED]
BENEDICT TOPIN
Setiausaha Agung

Ditandatangani oleh:
Presiden USDA
[SIGNED]
DK. MARK KODING
Tarikh: 11-4-1995

Disaksikan oleh:
[SIGNED]
RAYMOND BOIN TOMBUNG
Setiausaha Agung

Bahasa Rasmi KADAZANDUSUN

Sumber: KDCA
PERJANJIAN PERISYTIHARAN BAHASA KADAZANDUSUN SEBAGAI BAHASA RASMI DI ANTARA KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION DAN UNITED SABAH DUSUN ASSOCIATION

PERJANJIAN PERISYTIHARAN ini dibuat pada 24 bulan JANUARI, tahun 1995 di antara Ahli Majlis Tertinggi KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION dan Ahli Majlis Tertinggi UNITED SABAH DUSUN ASSOCIATION, dua pertubuhan yang masing-masing didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 iaitu Bil. SAB 356 beralamat di KM 6, Jalan Penampang, W.D.T. NO. 39, 89509 Penampang bagi Kadazan Dusun Cultural Association (Selepas ini disebut KDCA) sebagai pihak pertama dan Bil. SAB 119 beralamat di Tingkat 1, Lot 7, Blok A, Sinsuran Complex bagi United Sabah Dusun Association (Selepas ini disebut USDA) sebagai pihak kedua.

BAHAWASANYA, KDCA dan USDA, dengan penuh sedar dan keinsafan telah bersetuju mengenai perkara-perkara yang tertera di dalam Perjanjian Perisytiharan di bawah ini:

1. KDCA dan USDA adalah dengan ini bersetuju bahawa:
-Bahasa KADAZANDUSUN adalah bahasa rasmi bagi kedua-dua pertubuhan KDCA dan USDA;
-Bahasa KADAZANDUSUN adalah bahasa yang dipakai dalam penulisan dan pertuturan di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda (POL) tersebut, dan
-Bahasa KADAZANDUSUN adalah bahasa yang dipakai oleh semua etnik Kadazan Dusun tanpa menyekat penggunaan dialek-dialek tempatan yang lain.

2. KDCA san USDA dengan ini bersetuju:
-Bahasa KADAZANDUSUN dipelihara dan dikembangkan bersama untuk manfaat semua kaum di Malaysia, yang berminat mempelajari Bahasa KADAZANDUSUN.
-Tanggungjawab bersama untuk mengembangkan Bahasa KADAZANDUSUN di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa, khususnya kepada mereka yang ingin mempelajari dan mengkaji Bahasa KADAZANDUSUN.

PERJANJIAN PERISYTIHARAN ini dibuat oleh KDCA dan USDA dengan disaksikan oleh mereka yang mewakili kedua-dua pihak, seperti yang bertandatangan di bawah ini:

Ditandatangani oleh:
Presiden KDCA
[SIGNED]
HS DK. JOSEPH PAIRIN DK. KITINGAN
Tarikh: 24-1-1995

Dengan disaksikan oleh:
[SIGNED]
DK. WILFRED M. BUMBURING
Setiausaha Agung

Ditandatangani oleh:
Presiden USDA
[SIGNED]
DK. MARK KODING
Tarikh: 24-1-1995

Dengan disaksikan oleh:
[SIGNED]
RAYMOND BOIN TOMBUNG
Setiausaha Agung

Wednesday, May 20, 2009

KADAZANDUSUN Hanya Suatu Istilah?

Sumber: KDCA

Definisi KADAZANDUSUN

ISTILAH “Kadazandusun” dibahaskan secara terperinci dan diterima secara kolektif dan menyeluruh dalam Persidangan Perwakilan Kadazan Cultural Association (KCA) kali ke-5 pada 4-5 November 1989. Ia merupakan pendekatan alternatif terbaik untuk merungkaikan permasalahan KRISIS IDENTITI “Kadazan” atau “Dusun” yang telah mencacat dan melambatkan pertumbuhan serta perkembangan komuniti pelbagai etnik (suku) Kadazandusun selama ini yakni dalam aspek sosio-budaya, ekonomi dan politik sejak isu atau sentimen “Kadazanism vs. Dusunism” dipolitikkan seawal tahun 1960-an.

Dengan Gabungan Personaliti (Identiti) dan KEYAKINAN yang KOLEKTIF dan KUAT, akhirnya komuniti pelbagai etnik Kadazandusun berjaya menubuhkan SATU IDENTITI BUDAYA demi satu komuniti yang BERSATU, BERKERJASAMA dan PROGRESIF.

Akhir sekali, kita juga berjaya menemui Maruah dan Tali Persaudaraan dengan merujuk diri kita sebagai Kadazandusun, yang bermaksud: ‘Divinity in Humanity’.

Merujuk kepada Kadazandusun Cultural Association’s (KDCA) Constitution, Article 6 (1);

“Istilah Kadazandusun ditakrifkan sebagai Penduduk Peribumi yang tinggal di Sabah dan merangkumi Kumpulan Dialek (loghat) Etnik seperti berikut:

Bisaya, Bonggi, Bundu, Dumpas, Gana, Garo, Ida’an, Kadayan, Kimaragang, Kolobuan, Kuijau, Lingkabau, Liwan, Lobu, Lotud, Lundayo, Makiang, Malapi, Mangkaak, Minokok, Murut, Nabai, Paitan, Pingas, Rumanau, Rungus, Sinobu, Sinorupu, Sonsogon, Sukang, Sungai, Tatana, Tangara, Tidong, Tindal, Tobilung, Tolinting, Tombonuo, Tuhawon, Tutung.

…dan individu yang menuturkan bahasa ibunda salah satu daripada dialek di atas, serta mempaktikkan tradisi, rutin dan budaya seumpamanya.”

Nota: Istilah “KADAZANDUSUN” merupakan suatu ASAS dan LABEL ETNIK secara menyeluruh yang merangkumi Budaya, Etnik, Ilmu Bahasa, Dialek dan Pertuturan.