Friday, May 22, 2009

Bahasa Rasmi KADAZANDUSUN

Sumber: KDCA
PERJANJIAN PERISYTIHARAN BAHASA KADAZANDUSUN SEBAGAI BAHASA RASMI DI ANTARA KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION DAN UNITED SABAH DUSUN ASSOCIATION

PERJANJIAN PERISYTIHARAN ini dibuat pada 24 bulan JANUARI, tahun 1995 di antara Ahli Majlis Tertinggi KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION dan Ahli Majlis Tertinggi UNITED SABAH DUSUN ASSOCIATION, dua pertubuhan yang masing-masing didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 iaitu Bil. SAB 356 beralamat di KM 6, Jalan Penampang, W.D.T. NO. 39, 89509 Penampang bagi Kadazan Dusun Cultural Association (Selepas ini disebut KDCA) sebagai pihak pertama dan Bil. SAB 119 beralamat di Tingkat 1, Lot 7, Blok A, Sinsuran Complex bagi United Sabah Dusun Association (Selepas ini disebut USDA) sebagai pihak kedua.

BAHAWASANYA, KDCA dan USDA, dengan penuh sedar dan keinsafan telah bersetuju mengenai perkara-perkara yang tertera di dalam Perjanjian Perisytiharan di bawah ini:

1. KDCA dan USDA adalah dengan ini bersetuju bahawa:
-Bahasa KADAZANDUSUN adalah bahasa rasmi bagi kedua-dua pertubuhan KDCA dan USDA;
-Bahasa KADAZANDUSUN adalah bahasa yang dipakai dalam penulisan dan pertuturan di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda (POL) tersebut, dan
-Bahasa KADAZANDUSUN adalah bahasa yang dipakai oleh semua etnik Kadazan Dusun tanpa menyekat penggunaan dialek-dialek tempatan yang lain.

2. KDCA san USDA dengan ini bersetuju:
-Bahasa KADAZANDUSUN dipelihara dan dikembangkan bersama untuk manfaat semua kaum di Malaysia, yang berminat mempelajari Bahasa KADAZANDUSUN.
-Tanggungjawab bersama untuk mengembangkan Bahasa KADAZANDUSUN di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa, khususnya kepada mereka yang ingin mempelajari dan mengkaji Bahasa KADAZANDUSUN.

PERJANJIAN PERISYTIHARAN ini dibuat oleh KDCA dan USDA dengan disaksikan oleh mereka yang mewakili kedua-dua pihak, seperti yang bertandatangan di bawah ini:

Ditandatangani oleh:
Presiden KDCA
[SIGNED]
HS DK. JOSEPH PAIRIN DK. KITINGAN
Tarikh: 24-1-1995

Dengan disaksikan oleh:
[SIGNED]
DK. WILFRED M. BUMBURING
Setiausaha Agung

Ditandatangani oleh:
Presiden USDA
[SIGNED]
DK. MARK KODING
Tarikh: 24-1-1995

Dengan disaksikan oleh:
[SIGNED]
RAYMOND BOIN TOMBUNG
Setiausaha Agung

No comments:

Post a Comment