Monday, May 25, 2009

Penggunaan Istilah "KADAZANDUSUN"

Penggunaan istilah "KADAZANDUSUN" dalam kehidupan seharian penduduk Sabah merupakan suatu 'fenomena baru' yang telah 'diwujudkan & digunakan' khusus oleh para ahli politik dan juga media. Penggunaannya diilhamkan untuk tujuan PENYATUAN komuniti peribumi di Sabah.

Namun, dalam rutin kehidupan komuniti ini, perkataan KADAZAN atau DUSUN masih digunakan secara meluas untuk menggambarkan bangsa seseorang penduduk peribumi yang tinggal di bumi Sabah ini.

Oleh itu, seharusnya tidak wujud 'pergeseran' secara NYATA & TERBUKA tetapi lebih kepada 'perkongsian' tentang penggunaan istilah ini.

Hakikatnya, pengwujudan istilah "KADAZANDUSUN" ini lebih memberi 'manfaat/faedah' yang besar kepada masa depan komuniti ini kerana ia menggambarkan 'Majoriti Penduduk Peribumi Sabah' yang telah di'LABEL'kan kepada penduduk Sabah sejak sekian lama hingga kini.

Untuk tambahan maklumat, sila lihat:

Sekian.

No comments:

Post a Comment