Wednesday, May 20, 2009

KADAZANDUSUN Hanya Suatu Istilah?

Sumber: KDCA

Definisi KADAZANDUSUN

ISTILAH “Kadazandusun” dibahaskan secara terperinci dan diterima secara kolektif dan menyeluruh dalam Persidangan Perwakilan Kadazan Cultural Association (KCA) kali ke-5 pada 4-5 November 1989. Ia merupakan pendekatan alternatif terbaik untuk merungkaikan permasalahan KRISIS IDENTITI “Kadazan” atau “Dusun” yang telah mencacat dan melambatkan pertumbuhan serta perkembangan komuniti pelbagai etnik (suku) Kadazandusun selama ini yakni dalam aspek sosio-budaya, ekonomi dan politik sejak isu atau sentimen “Kadazanism vs. Dusunism” dipolitikkan seawal tahun 1960-an.

Dengan Gabungan Personaliti (Identiti) dan KEYAKINAN yang KOLEKTIF dan KUAT, akhirnya komuniti pelbagai etnik Kadazandusun berjaya menubuhkan SATU IDENTITI BUDAYA demi satu komuniti yang BERSATU, BERKERJASAMA dan PROGRESIF.

Akhir sekali, kita juga berjaya menemui Maruah dan Tali Persaudaraan dengan merujuk diri kita sebagai Kadazandusun, yang bermaksud: ‘Divinity in Humanity’.

Merujuk kepada Kadazandusun Cultural Association’s (KDCA) Constitution, Article 6 (1);

“Istilah Kadazandusun ditakrifkan sebagai Penduduk Peribumi yang tinggal di Sabah dan merangkumi Kumpulan Dialek (loghat) Etnik seperti berikut:

Bisaya, Bonggi, Bundu, Dumpas, Gana, Garo, Ida’an, Kadayan, Kimaragang, Kolobuan, Kuijau, Lingkabau, Liwan, Lobu, Lotud, Lundayo, Makiang, Malapi, Mangkaak, Minokok, Murut, Nabai, Paitan, Pingas, Rumanau, Rungus, Sinobu, Sinorupu, Sonsogon, Sukang, Sungai, Tatana, Tangara, Tidong, Tindal, Tobilung, Tolinting, Tombonuo, Tuhawon, Tutung.

…dan individu yang menuturkan bahasa ibunda salah satu daripada dialek di atas, serta mempaktikkan tradisi, rutin dan budaya seumpamanya.”

Nota: Istilah “KADAZANDUSUN” merupakan suatu ASAS dan LABEL ETNIK secara menyeluruh yang merangkumi Budaya, Etnik, Ilmu Bahasa, Dialek dan Pertuturan.

No comments:

Post a Comment